• Tanjung Lumpur: Ana Ikan Bakar Petai

    Posted on February 10, 2012 by in Kuantan

    Jika anda bercuti ke Kuantan dan pergi ke Kuantan, rasanya tidak lengkap jika anda tidak pergi ke Medan Ikan Bakar Tanjung Lumpur. Salah satu restoran yang menjadi kegemaran orang ramai ialah Restoran Ana Ikan Bakar Petai.

    Jadi, jika anda menetap di Homestay D’Kuantan, saya akan suggest anda pergi ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai ni.. Restoran Ana Ikan Bakar Petai ni terletak lebih kurang 3 km dari Homestay D’Kuantan. Ok, jika anda dari Jambatan Tanjung Lumpur, anda akan jumpa satu simpang kiri dalam 1 km dari jambatan tersebut. Anda follow jalan tu sampai ke pantai. Anda akan jumpa deretan kedai makan. Restoran Ana Ikan Bakar Petai ni kedai pertama di sebelah kiri anda.

    Apa yang specialnya disini? Bagi saya, kalau nama dah Ikan Bakar Petai, yang specialnya tentulah Ikan Bakar Petai. Saya sangat suka Ikan Pari bakar petai. Rasa petai tu yang buat dia sedap sangat tu. Selain dari itu ada jugak, ikan masak 3 rasa, masak stim, dan macam-macam lagi seafood yang lain. Ketam, udang celup tepung, sotong celup tepung semuanya boleh dijumpai di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>