• Safari Gambang

    Posted on November 22, 2013 by in Kuantan

    Admin nak cerita kat semua pembaca mengenai Safari Gambang ni. Admin pergi sini tak salah awal bulan 11 baru ni. Saje jalan jalan bawak anak anak tengok binatang.

    Admin sampai di Safari tu lebih kurang pukul 11.30 pagi, admin pun terus pergi kaunter tanya tiket. Terkejut jugak admin bila tengok harga tiket tu. wow. mahalnya. Admin pun borak la ngan Cik Adik yang kat depan tengah melayan soalan soalan pengunjung. Saya pun tanya la, banyak ke binatang kat Safari ni? Cik Adik tu tunjukkan la peta Safari tu. Tunjukkan kawasan zirafah, badak, harimau, gajah, kanggaroo dan macam macam lagi la. wah, banyak rupanya binantang kat Safari ni. Admin pun terus beli tiket. Harga? tak leh bagitahu.. korang google sendiri.. haha

    Oleh kerana jadual Animal show pukul 3, admin and famili tak la masuk terus. Pergi makan tengahri dulu. Kalau kat dlaam tu mesti mahal. Pergi la cari makan kat area taman depan gambang resort tu. Lepas solat Zohor, dalam kul 2.20 admin and famili gerak la masuk ke Safari tu. Terus je ke tempat Animal Show yang dijangkakan pukul 3 petang tu.

    Persembahan Animal Show tu tak la menarik mana bagi Admin. Maybe sebab sebelum ni pernah tengok yang kat Melaka punyer. So, yang Melaka punyer lagi best la. Tapi anak anak seronok je layan. Yang takut pun ada.. hehe.

    Pastu terus je la nak jalan kat Safari tu. Ingatkan dari tempat tu boleh terus naik tram, rupenyer kena jalan kaki lebih kurang satu km. dah la bawak anak kecik, jalan pulak naik bukit. Ya Allah, tuhan saja la tahu camna azabnya berkjalan kaki tu. Bukan pe. Dah lama tak jalan naik bukit sambil dokong anak plak tu. Huh. mencabar. Rupanya se[anjang perjalanan ke tempat tram tu banyak lagi area yang tak bukak lagi. Tengah buat. Lihat pada keadaannya, memang safari ni agak besar la bila siap nanti. Singgah mula-mula kawasan zirafah. Sempat la bagi makan zirafah tu kacang panjang. Patut la panjang.

    Tunggu tram ada la setengah jam. Tram sampai, terus bawak pusing kawasan safari tu. Ada gajah, badak dan macam macam lagi la.. K admin dah letih… tengok je la gambar gambar kat bawah ni.

    Komen dari Admin: Sebenarnya Safari Gambang ni tak siap sepenuhnya. Rasanya baru 50%. So, agak tak puas hati jugak la. Maybe bila dah siap 100% nanti, admin rasa Safari Gambang ni akan jadi safari yang terbaik la kat Malaysia. Kawasnnya memang luas. Cuma yang penat tu bila jalan naik bukit. huh. sangat meletihkan.

     

    2013-11-02 15.30.58 2013-11-02 15.46.33 2013-11-02 16.15.31 2013-11-02 16.45.43 2013-11-02 16.45.48 2013-11-02 16.51.02 2013-11-02 16.57.02 2013-11-02 17.03.28

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>